Persatuan Siswa/i Islam Perubatan
Universiti Malaya

Login Form



Couple Islamik
Written by Hafizuddin Taufik   

FEBRUARI – VALENTINE – COUPLE

 

Asal Februari menjelma saja, orang sibuk bercakap pasal isu couple. Betapa bosannya melihat isu yang sama diulang-ungkit-replay saban tahun. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan pula kadang-kadang terasa merimaskan dan memanaskan hawa badan ustaz ustazah untuk menjawabnya.

 

Lebih merimaskan lagi apabila jawapan yang diberikan seolah-olah di-counter balik dengan persoalan yang lain, seumpama kisah dalam surah Al-Baqarah, lembu betina dengan kaum Nabi Musa AS.

 

 

 

Seimbas lalu, apabila saya melihat jawapan-jawapan ustaz ustazah, semuanya mengatakan haram dengan illah maksiat yang akan dibuat oleh couple tersebut. Kemudian akan di-counter dengan persoalan: "Macam mana kalau kitorang tak keluar dating langsung ustaz? Kalau jumpa pun jaraknya dua batu (baca: batu marhalah / batu kerikil / batu bata) ustaz." atau "Kitorang couple just message je". Kemudian akan ada jawapan: "Itu semua zina hati. Elakkan."

 

Tidak dinafikan jawapan-jawapan ustaz ustazah tersebut tiada yang benar melainkan benar-benar belaka dan betul betul betul. Kerana persoalan pokok yang diajukan adalah "Adakah couple haram?", sedang uruf masyarakat: “Couple itu adalah hubungan sepasang kekasih yang berpegangan tangan, bermesra beromen, naik motor dengan kelajuan tinggi, brek mendadak stopnya 15 minit.”

 

DEFINISI COUPLE

 

Memandangkan couple itu perkataan Inggeris, maka saya mengguna pakai Oxford Dictionary yang sedia ada di mahligai ini. Menurutnya, couple bererti:

1.       Two people or things. (n)

2.       A small number of people or things. (n)

3.       Two people who are seen together, especially if they are married or in a romantic or sexual relationship. (n)

4.       To join together two parts of something. (v)

5.       To have sex. (v)

 

Definisi yang selalu digunakan tentulah yang ketiga. Hatta, budak kecik pun mengenal apa itu couple. “Mak! Couple, couple.” Kata si budak kecil sambil menuding ke arah sepasang kekasih berdua-duaan di tepi tasik. “Ish…budak-budak tak baik tengok.”

 

COUPLE HARAM

 

Adakah couple haram? Couple yang macam mana haram? Kadang-kadang hati ini mudah terasa sakit dan pedih tatkala banyak orang menghukum couple itu haram sedangkan dia tidak membaca artikel tersebut keseluruhannya. Kesimpulan yang dibuat di pertengahan jalan cuma, disebar merata-riti.

 

“Woi A (bukan nama sebenar), tak baik la couple-couple nih… Kau nak rosakkan Aini tu ke? Udah le, rentikan keje tak berpekdah tu. Haraaaaaaam. Maksiat maksiat. Zina hati. Masuk neraka camne beb?”

 

Lalu si lelaki ini mula dibuai dengan lagu Mata Hati daripada kumpulan nasyid Hijjaz.

 

“Pandangan mata selalu menipu,

pandangan akal selalu tersalah,

pandangan nafsu selalu melulu,

pandangan hati itu yang hakiki,

kalau hati itu bersih…”

 

Tidak dinafikan meninggalkan atau sebaiknya tidak terjebak dalam kancah perkapelan adalah langkah yang terbaik. Akan tetapi, adakah ada cara lain selainnya yang dapat mengelakkan dosa?

 

COUPLE ISLAMIK

 

Bercouple sebenarnya bertujuan ke arah perkahwinan, bukannya ke arah nafsu. Tiada maknanya perkapelan yang tidak mencapai matlamat ke jinjang pelamin.

 

Ia bermula apabila si lelaki yang mengalami hipolovemia (kekurangan kasih sayang) bertanya kepada si perempuan, “Nak jadi awek saya tak?” Lalu jawabnya si perempuan, “Nak.”

 

Tapi saya mengesyorkan supaya soalan si lelaki itu diubah sedikit kepada versi kedua, “Nak jadi isteri saya tak?” ataupun “Dengan nama Allah, aku melamarmu menjadi isteriku.”

 

Kalau si perempuan cakap tak nak, tak payah bercouple, senang cerita, lama-lama perasaan cinta tu hilang dengan sendirinya.

 

“Idea tu memang gila. Kalau macam tu, sampai tua le aku kena rijek.”

 

“Rilek beb. Itulah cara lelaki sejati. Kalau ada jodoh tak ke mana… takkan lari gunung dikejar.”

 

Bagaimana kalau si perempuan cakap nak?

 

Kalau macam tu, perkenalkan dekat keluarga, kemudian terus akad nikah. Segala hubungan jadi halalan toyyiba, ikut suka nak buat apa. Tak tinggal serumah pun tak mengapa, buat macam biasa. Asalkan adanya komitmen daripada kedua-dua belah pihak. Selepas habis belajar, buatlah majlis persandingan ala-ala 'Wedding of the Year'.

 

 

Kena cekup dekat mana-mana pun siapa nak halang kalau kita kata, “Kami dah kahwin wahai encik pencegah maksiat.” Tapi dalam masa yang sama, masih lagi tinggal di rumah ibu bapa masing-masing, pergi ke kolej, dll dsb. Salah ke kaedah ini?

 

Dalam dunia ini ada dua jalan, sama ada halal atau haram. Soal halal wa haram inilah yang patut diutamakan dahulu. Persoalan-persoalan lain seperti nafkah, kewangan, pelajaran, anak – semua itu nombor dua. Yang penting adalah adanya hubungan yang halal dahulu.

 

SIDE EFFECT

 

Sedangkan ubat pun ada side effect, inikan pula perkahwinan. Perkahwinan untuk menghalalkan hubungan ini kadang-kadang seolah-olah menjadikan perkahwinan itu satu main-main bila mana kedua-dua atau salah satu daripada pasangan tersebut tidak dapat memberi komitmen seperti yang diharapkan. Maka, terjadilah perceraian.

 

Akan tetapi, kalau difikirkan dari sudut pandangan lain, perkahwinan awal ini sebenarnya adalah satu pengalaman untuk mendidik kedua-duanya agar komited dengan ikatan dan janji, juga sebagai persediaan sebelum menghadapi kehidupan berumah tangga yang sebenar.

 

PENUTUP

 

Ingatlah bahawa Nabi Muhammad SAW juga pernah mengahwini Aisyah Abu Bakar As-Siddiq sewaktu umurnya sembilan tahun. Yang pentingnya, komitmen daripada kedua-dua belah pihak adalah penentu kejayaan couple islamik ini.

 

Nasihat: Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan cinta, couple dll dsb kalau belum bersedia. Ianya hanya akan menyeksakan jiwa.

 

Diubahsuai daripada sahabatku:

Blogger / ex-SMArtTJ / medic-mesir

Hafizuddin.MA @ Hafiz Adam

http://www.akudarahanakmalaysia.blogspot.com

Comments
Add New
+/-
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.
ToK KaDi  - cepat2   |2009-02-16 20:12:58
haaa,kepada yg terasa bile baca artikel nih,meh cepat jumpe atok yer...
hantaran
sume bole runding..
yang penting, elakkan maksiat, bykkn
pahala...
"Perkahwinan adalah gudang Pahala"
atie  - confuse     |2009-02-17 00:37:26
hujah ni, ada sokongan dari yg 'alim x?.
sbb pernikahan tu adalah satu
tanggungjawab kan. bukan sekadar komitmen.
Amar  - couple     |2009-03-05 22:40:24
btul tuh, perkahwinan adalah satu komitmen.. bukan satu perkara yang boleh
ditimbang guna penyukat...

kalau menggunakan idea dan akal sendiri, lebih baik
jangan ditulis... kerana ia akan mengelirukan ramai pihak...

lagipun, couple
mmg tak bagus dan banyak yang buruk bleh terjadi...

perkahwinan bukan semudah
kata, tapi ia satu tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan sempurna...

jangan
disebabkan oleh pengalaman pahit, kita sanggup melontarkan idea berdasarkan akal
dan fikiran kita...

salam
NyaH SebEranG  - normal tp berwaspada...   |2009-03-31 10:58:43
bg ak kapel ni mende normal yg mmg jd lumrah manusia ntuk expresskn rase kaseh n
syg sesame makhluk...lg2 ngn gurl pilihan ati...~(bg yg laki ahh)

but then dlm
Islam yg very the syumul ni byk perkara n sgelinap sudut yg umat Islam kne
selidiki...kenape smpai stu tahap...kite kne elakkn mcm2 mende...

selalunye
mende 2 msti bab2 yg syio0k..khayal..njoy..4sure la kan??

sbb kalo berbalik
kepada reality,lg byk buruknye kapel dari mnjadi seorang mamat or minah single
yg verangan..
hakikat da dpn mate...maksiat boleh jd lg vast!!!
ko x payah nak
kelentong..geng kapel ni kalo boleh bkepit rabe sini sane da jd
lumrah...heh~

tp secara peribadi..ak rasekn yg kapel ni xla smpai mndesak kite
ni fikir ke arah yg sempit n sume yg dipandang adalah satu dose...asalkn kite
berniat ntuk kearah kebaikan n mlatih diri mmbimbing pasangn mnjadi yg
terbaik..

n mndoakan perhubungan 2 smpai ke jinjang pelamin...
kalo takat suke2
pekejadahnye???...
mirul   |2009-09-05 18:47:29
bnda kaple jadi lumrah sebab dah jadi perkara yang kita dah biasa...

zina yg
boleh berlaku apabila kaple ni bkn shaja maksiat yg biasa kita dgr... tapi zina
hati iaitu merindui seseorg yg bkn muhrim...sentiasa mengigatinye...
hanafi  - tiada istilah islamic couple     |2009-07-27 00:05:20
salam..bagi ana...tiada istilah islamic couple ...melamar dan ajak couple
berlainan...kita ikut cara islam..ikut cara rasulullah...cam na rasulullah lamar
aisyah...


ini mmg cara yg betul...tapi ia bukan lah dikira sebagai mengajak
couple dalam islam...Couple ini merupakan istilah barat dan yahudi...Couple
dahulu baru kahwin...Istilah islamic couple ni dicipta oleh golongan islamic
intelektual yg pandai memutar belit fakta semata2 kerana hawa nafsu..kita balik
kpd quran dan sunnah..

'''Tapi saya mengesyorkan supaya soalan si lelaki itu
diubah sedikit kepada versi kedua, “Nak jadi isteri saya tak?” ataupun
“Dengan nama Allah, aku melamarmu menjadi isteriku.”

Allah menjadikan
manusia utk berpasangan..ia dimaksudkan kpd suami isteri...Allah juga melarang
manusia berzina dan JANGAN MENDEKATI ZINA....umpamanya jangan mendekati
api.....bukan pergi main api...kita ada caranya utk elak bercouple...kerana
Couple lah u...

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."