
Login Form
| SELAMATkan PSIPUM |
| Written by bonot | |||||
|
![]()
"Selamatkan PSIPUM. Lantiklah pimpinan yang layak. Orang yang A ke, B ke..." Fuh... Agak tajam bila mana mendengar kritikan yang agak "MEMBINA" tersebut. Bagi mereka yang reaktif, pasti akan melenting bila mana mendengar kritikan ini. Namun, jom jadi proaktif, jangan cepat melenting. Ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh pengkritik. Kita perlu akui, kita masih gagal mendapat pencapaian yang cemerlang dari segi akademiknya. Ya, masakan tidak, nyatakan sejarah ummat Islam mendapat Viva distinction dalam peperiksaan untuk MBBS UM. Ada? Jika tidak ada, jom muhasabah diri balik. Saya juga mungkin tidak layak untuk membicarakan soal ini, kerana diri sendiri sudah 2 tahun memasuki supplement. Saya la yang memberi fitnah kepada Islam itu sendiri kan? Sudah la pimpinan PSIPUM. Astagfirullah.. Namun, agak lama menunggu agar golongan yang "LAYAK" iaitu tidak seperti saya untuk bersuara, tetapi sampai sekarang, masih tidak ada. Jadi, biarlah saya yang "tidak layak" ini bersuara. Ya, ahli PSIPUM perlu muhasabah, kenapa kita asyik terkebelakang dalam pelajaran. Adakah kita sibuk melakukan kerja kerja dakwah? Adakah kita sibuk dengan isu ummat? Atau kita masih sibuk dengan "dunia kita"? Namun, dari sudut pemikiran yang lain, kritikan di atas juga ada silapnya. Kerana pengkritik hanya menilai "A" atau "B" sebagai kelayakan. Tidak dinafikan, akademik itu SALAH SATU faktor untuk melantik pimpinan, namun itu bukanlah segalanya. Jika seseorang mendapat A atau B, tetapi tidak mampu menguruskan ahli bawah, adakah itu dikira layak menjadi pemimpin. Jika seseorang yang A atau B, tetapi kurang arif tentang ilmu agama, adakah itu layak ditaklif sebagai pemimpin? Jika seseorang yang A atau B, yang hanya hidup dalam dunia bukunya, tidak pernah hirau tentang isu ummat, adakah itu layak digelar pemimpin? Sudah tentu tidak! Malah, akan hancurlah satu satu organisasi akibat KEPALAnya yang tidak sepatutnya diletakkan di situ. Memang benar... Kita, ahli PSIPUM yang juga ummat Islam, punya satu tanggungjawab untuk menghilangkan segala fitnah yang kita sendiri telah palitkan kepada Islam. "Orang Islam memang camtu, malas... Orang Islam memang camtu, exam asyik fail je.." Namun, bukanlah akademik itu satu satunya KEJAYAAN bagi kita. Bahkan itu hanya jalan untuk menuju redha Allah. Apa yang penting, kita perlu berjaya dalam setiap apa yang kita lakukan. Muhasabah untuk diri sendiri yang "tak layak", "malas" dan "asyik fail".... Astagfirullah... Terima kasih buat pengkritik!
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
