
Login Form
| Malam Pengenalan PSIPUM |
| Written by mael | |||||
|
Bertempat di Dewan Jemerlang, Fakulti Perubatan , Universiti Malaya, Persatuan Siswa Siswi Islam Perubatan Universiti Malaya (PSIPUM) telah mengadakan Malam Pengenalan PSIPUM khas untuk memperkenalkan PSIPUM kepada pelajar-pelajar baru di fakulti perubuatan. Dengan bermottokan “PSIPUM UNTUK SEMUA” , buat julung kalinya, malam pengenalan ini disertai oleh pelajar yang bukan sahaja terdiri daripada program MBBS, malah program-progam lain , iaitu Biomedik, Farmasi dan juga Pengimejan Perubatan dengan harapan untuk membina ukhuwah dalam kalangan pelajar-pelajar di fakulti ini. Majlis ini telah dihadiri oleh Prof Datin Dr Zahurin bt Mohamad, selaku penasihat PSIPUM. Setelah Asmaul Husna dinasyidkan, majlis diserikan dengan kelunakan suara saudara Nik Ahmad Hatim mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden PSIPUM, saudara Ismail Saudi. Dalam ucapan tersebut, beliau memuji golongan muslimat kerana mereka telah terlibat banyak dalam aktiviti PSIPUM dan sumbangan mereka telah berjaya menaikkan nama PSIPUM di Universiti Malaya. Walaubagaimanapun, sumbangan dari pihak muslimin pun juga tiada kurangnya, mungkin kata-kata dari saudara Ismail bertujuan untuk membakar semangat para muslimin untuk tampil lebih mantap di masa hadapan. Majlis kemudian disusuli ucapan oleh wakil dari Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) bagi fakulti perubatan, saudari Nurul Jannah Ismail atau nama panggilan mesranya, “Kak Jannah”, Exco HEWI (Hal Ehwal Wanita). Dalam ucapannya, beliau menyeru agar para pelajar mengambil peluang untuk bergaul dengan sesama sendiri dan juga bangsa lain bagi mengukuhkan perpaduan. Selain itu, Kak Jannah juga mengingatkan adik-adik baru ini supaya menghormati pensyarah, supaya ilmu yang diperolehi itu diberkati dan InsyaAllah akan membawa kearah kejayaan. Seperti seorang ibu yang member nasihat kepada anaknya, Kak Jannah menyeru adik-adik kita untuk rajin ke surau kerana banyak manfaat yang akan diperolehi dengan menghadirkan diri ke surau. Antaranya, peluang untuk berkenalan dengan senior-senior dan juga untuk merapatkan hubungan sesama kita. Selesai sahaja ucapan dari saudari Jannah, majlis diteruskan dengan ucapan dari penasihat PSIPUM iaitu Prof Datin Dr Zahurin. Dalam ucapannya, beliau berharap agar ahli-ahli PSIPUM yang baru akan sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti yg dijalankan oleh PSIPUM. Seperti yang diperkatakan oleh Saudara Ismail, Prof Zahurin juga berharap agar lebih ramai muslimin melibatkan diri dalam aktiviti PSIPUM. Dalam ucapan tersebut, beliau turut menyelitkan isu Palestin bagi mengingatkan kita supaya tidak melupakan nasib saudara kita yang menderita di sana. Malam Pengenalan PSIPUM diakhiri dengan persembahan multimedia yang menarik, hasil karya Ajk Multimedia pada malam tersebut. Hadirin juga dipersembahkan dengan tayangan multimedia mengenai kemiskinan yang melanda rakyat Afrika, disusuli dengan lagu tema bagi kempen boikot Israel iaitu lagu “Tell me Why”. Majlis kemudiannya, disusuli dengan penyerahan cenderamata oleh Presiden PSIPUM, saudara Ismail Saudi, kepada penasihat PSIPUM, Prof Datin Dr Zahurin. Semoga PSIPUM akan terus bangkit menjadi persatuan yang memperjuangkan dakwah Islam di kampus tercinta ini dengan kehadiran ahli-ahli baru.. wassalam penulis: Siti Azyana
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |