Persatuan Siswa/i Islam Perubatan
Universiti Malaya

Login Form



Makan Jangan Berlebihan
Written by admin   

Firman Allah Taala:

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang berlebih-lebihan.”(Al A'raf: 31)

Apa makna "makan berlebihan"? Pertama, makan berlebihan boleh ditakrifkan sebagai makan dalam kuantit yang banyak. Atau, ayat yang sesuai ialah, tidak mengamalkan konsep "makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang" ajaran Nabi SAW. Tatkala itu, kita akan melihat golongan-golongan yang xlarat bangun akibat perut terlalu penuh atau dalam loghat Kelantan (NYADA...).


Kedua, makan berlebihan juga boleh didefinisikan sebagai makan hanya zat-zat tertentu sahaja. Sebagai contoh, asyik makan daging atau sayur sahaja dalam menu makanan sehariannya. Atau contoh lain, terlalu melebihkan gula dalam masakan atau minuman.

Takrifan pertama, sudah tentu kita jelas tentang akibatnya. Siapa xkenal dengan istilah "Obesity". Bukan sahaja memberi masalah dalam pergerakan,(malas nak bergerak), obesiti turut menyumbang kepada banyak penyakit. Orang yang obes, selalunya sukar untuk bernafas, dan boleh membawa kepada 2 perkara yang paling menakutkan abad ini: Darah Tinggi dan Kencing Manis. Bahkan, bagi ibu-ibu mengandung yang terlalu obes, kesihatan anak amat membimbangkan.

Bagi takrifan kedua pula, pemakanan yang baik memerlukan gizi seimbang seperti yang tertera dalam Piramid Makanan. Jika kita terlalu melebihkan mana "tingkat" makanan, dalam piramid terbabit, sudah tentu ada komplikasinya, lebih-lebih lagi jika kita terlalu melebihkan gizi yang ada di tingkat atas piramid yang sepatutnya diambil dalam kuantiti yang kecil sahaja.

Justeru, Allah Taala selaku Pencipta manusia, sudah menjelaskan kepada kita agar tidak berlebih-lebihan dalam pemakanan. Sangat kasih dan sayangknya Allah kepada kita selaku hambaNya. Semua perintahNya tidak lain tidak bukan, hanya untuk kebaikan kita. Cuma, kadang-kadang, kita sahaja yang angkuh, ingkar dan xmahu dengar kata. Kononnya, kita lebih hebat daripadaNya, dan akibatnya, kita terpaksa menanggung masalah atas keingkaran kita sendiri.


Sekian,dengan Islam, anda akan SIHAT.

Comments
Add New
+/-
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."