
Login Form
| Adrenaline Rush |
| Written by AJK publisiti AR | |||||
|
Pada 14 Mac 2009 PSIPUM akan menganjurkan satu program iaitu Adrenaline Rush.program ini adalah salah satu program di bawah Hari Keluarga PSIPUM yang telah lebih awal dirasmikan.Jadi di sini cuma sedikit penerangan apakah itu sebenarnya yang terkandung di dalm program ini.Apabila terdengar nama Adrenaline Rush pasti sukar untuk meneka apakah sebenarnya program ini.Sebenarnya program ini lebih kurang sama seperti Explorace ataupun Amazing Race,namun begitu jika explorace mungkin di setiap checkpoint peserta dikehendaki menjawab soalan dsb tetapi di dalam Adrenaline Rush(AR) peserta dikehendaki bermain di setiap checkpoint.Dalam kata yang lebih mudah,di setiap checkpoint ada acara sukaneka seperti frisbee,spiderweb,makan pelik,belon beracun dan banyak lagi.Ada lebih kurang 10 checkpoint semuanya dan peserta dikehendaki cuba menghabiskan kesemua checkpoint dalam masa yang telah ditetapkan. Dari segi pembahagian kumpulan,peserta akan dibahagikan oleh ahli jawatankuasa di mana setiap kumpulan akan mempunyai peserta dari pelbagai tahun pengajian dan kursus.Tujuannya agar adalah untuk merapatkan hubungan antara sesama pelajar-pelajar Fakulti Perubatan.Jadi unuk melicinkan lagi kerjasama di dalam setiap kumpulan,sebelum bermulanya perlumbaan akan diadakan sedikit sesi taaruf@berkenalan di antara ahli kumpulan.Oleh yang demikian diharapkan objektif program ini akan tercapai. Dari segi penyertaan,setakat ini masih kurang memuaskan.Jadi diharapkan ahli PSIPUM khususnya akan menyertai program ini dan umumnya kepada semua yang berminat penyertaan masih dibuka sehingga hari pertandingan iaitu hari Sabtu 14/3/09 jam 7.30pagi.Tiada yuran penyertaan dikenakan malah semua peserta akan mendapat hadiah tidak kiralah kumpulan anda menang atau tidak cuma hadiahnya berbeza-beza mengikut kedudukan.Tambahan lagi,terdapat makanan disediakan penganjur yang akan diberikan kepada setiap peserta. Akhir kata,pihak penganjur masih megharapkan penyertaan dari semua pelajar Fakulti Perubatan yang berminat.Kalau boleh di sinilah medan untuk kita berkenalan antara satu sama lain dan juga menyihatkan badan serta menguji tahap maksimum keupayaan anda dengan lonjakan hormon Adrenaline.Terima Kasih.Wassalam.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |